Tuesday, November 22, 2011

Peranan

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua? Ape khabar ya? Semoga dalam keadaan sihat di bawah rahmatNya. Seronok sangat tengok bola semalam. Alhamdulillah, kita tetap juara. Saya bangga sangat dengan pasukan kita. Hidup HARIMAU MUDA!!! NGAUM, NGAUM ^_^

Saya minat sukan. Enjoy sangat2. Awak? Setiap kali tengok event sukan mesti teringat zaman ku yang telah berlalu. Cross country. Akulah ratu di sekolah dahulu. Aku sangat ingin membuktikan SMKA akan melahirkan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Tak kisahlah akademik mahupun kokurikulum. Oleh itu, atas semangat yang tinggi untuk tidak mahu SMKA diperlekehkan, aku berlatih dan berusaha sehabis baik. Ini kerana kebanyakan sekolah di daerah ini akan mengatakan SMKA payah nk conquer dalam sukan. Confirm last. Itu adalah tanggapan kasar kebanyakan orang. Waktu ni aku baru Form 3.

Atas semangat dan dorongan daripada guru-guru serta rakan-rakan aku berjaya sehingga dapat mewakili Negeri Perak. Akhirnya aku berjuang di bumi kenyalang. Alhamdulillah. Pengalaman demi pengalaman dalam bidang ini memang banyak sangat.

Di sini, aku belajar erti pengorbanan.
Di sini, aku belajar erti kepercayaan.
Di sini, aku belajar erti nama islam.

Ya, Aku adalah MUSLIM!!!!

Sebenarnya, Allah lah pemberi semangatku yang paling utama. Aku telah mencabar diriku sendiri untuk berlari sambil membawa nama Allah sebagai Tuhan. Aku mengatakan" Jika aku kalah atau mengaku kalah atau sedia dikalahkan, aku tidak yakin dan tidak berjuang sehabis baik yang Allah sebagai Tuhan. Penguasa yang akan menentukan segalanya. Segala perjalanan di langit mahupun di bumi. Inilah cabaran yang aku reka sendiri untuk mengukuhkan semangatku. Aku pun terus berlari sambil berzikir di dalam hati. Di sini, aku juga belajar kebergantungan yang tinggi kepadaNya yang Satu.

Alhamdulillah, aku lahir daripada keluarga yang baik dan belajar dalam biah yang solehah sehinggalah sekarang. Aku tidak menyangka ade umat islam yang berhampiran denganku yang tidak tahu berwudu'. Tidak kenal tikar sejadah. Astaghfirullah. Sewaktu inilah aku mula membuka mata. Tingginya perananku melibatkan diri dalam bidang sukan ini. Aku berasa sangat sedih kerana masih ada antara kita yang tidak diterapkan ilmu agama sejak kecil lagi. Jadi, janganlah ada antara kita yang mudah menabur kata-kata maki kepada mereka. Tak semua orang mengalami ape yang kita alami. Tak semua orang di luar sana yang sudah memahami islam. Tak semua orang dapat ape yang kita dapat. Tegarkah kita memburukkan mereka tanpa membantu mereka?Marilah membantu mereka untuk kenal islam.

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Surah Ali-Imran : 104)

Jadi, tunggu ape lagi? Ilmu tak cukup di dada? Belum alim lagi? Diri pun tak sempurna lagi? Sampai bila kita hendak berdalih? Inilah kata-kata yang sering ditiup oleh syaitan laknatullah untuk membantutkan kita daripada menyampaikan kalimah Lailahaillallah di bumi ini. Sememangnya tiada siapa pun yang sempurna. Sedangkan nabi yang maksum pun pernah melakukan dosa, inikan kita insan biasa.

Sebelum berakhir, sukelah saya untuk berkongsi kata dari IMAM HASAN ALBANA

Wahai ikhwah...
Berimanlah dengan Allah, berbanggalah kerana kamu mengenaliNYA. Bergantunglah kepadaNYA dan letakkanlah harapan kamu kepadaNYA.Janganlah kamu takut kepada yang lain tunaikanlah perintahNYA.
Amalkanlah akhlak yang mulia dan berusahalah ke arah kesempurnaan. Mantapkanlah peribadi kamu. Berbanggalah kerana kemuliaan dan penghormatan yang Allah berikan kepada kamu sebagai orang yang beriman dan soleh.
Tatapilah dan pelajarilah Al-Quran kajilah sira Rasulullah jadilah orang yang beramal dan bukan bercakap sahaja. Apabila Allah memberi hidayah kepada manusia dia akan pimpin manusia supaya beramal. manusia yang diberi hidayah tidak akan sesat kecuali setelah mereka sentiasa berdebat. Pupuklah kasih- sayang sesama kamu peliharalah baik-baik hubungan kamu kerna ia adalah rahsia kekuatan kamu dan terus kejayaan kamu. Bersabarlah sehingga Allah menentukan kedudukan kamu dengan kaum kamu dan Allah sebaik-baik penentu.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada saya dan saudara sekalian supaya kita dapat lakukan ape yang kita sukai dan diredhaiNYA.

No comments:

Post a Comment

Sebarang kritikan atau penambahbaikan dialu-alukan ^_^