Tuesday, November 29, 2011

Jodoh?

Astaghfirullah~ =_=
Macam mane ni? Aku tak pernah nak fikir lagi pasal ni secara serius. Aku tak pernah rapat dengan sesiapa. Semua aku layan macam kawan biasa jer. Bercakap pon bukan selalu. Sume hal tugasan. O_o. Bukan aku tak pernah suka pada insan yang berlainan dari jenis ku, tetapi aku akan abaikan perasaan tu. Aku rase belum tibe lagi masanya. Dan ini adalah fitrah kalau timbul perasaan sebegitu. Dan kau juga begitu kan? Kalau kau tertarik padaku, itu hanya perasaan yang normal bukan? 

Sunday, November 27, 2011

Kau Pergi

SATURDAY, NOVEMBER 26, 2011

Dua Pelajar UiTM Seri Iskandar Maut Dalam Kemalangan
IPOH: Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Seri Iskandar terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori dan kenderaan pacuan empat roda di Km7 Jalan Ipoh-Lumut dekat sini, Sabtu.

Thursday, November 24, 2011

Aku Hanya Insan Biasa


Aku insan biasa,
Yang datang hanya sekejap cuma,
Perkenalan ini telah dirancang,
Dan akan juga pergi suatu hari.

Wednesday, November 23, 2011

Cerpen: Ku Tunggu Sinar Itu

Sang mentari gah memancar cahayanya. Sang unggas berkicau-kicau di pagi yang hening.Lantas, berlari anak aku ke jendela. Ku lihat pepohon hijau yang rendang menari-nari ditiup angin pagi. Adakah hari ini bakal mengubah hidupku?

Tuesday, November 22, 2011

Peranan

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua? Ape khabar ya? Semoga dalam keadaan sihat di bawah rahmatNya. Seronok sangat tengok bola semalam. Alhamdulillah, kita tetap juara. Saya bangga sangat dengan pasukan kita. Hidup HARIMAU MUDA!!! NGAUM, NGAUM ^_^

Saya minat sukan. Enjoy sangat2. Awak? Setiap kali tengok event sukan mesti teringat zaman ku yang telah berlalu. Cross country. Akulah ratu di sekolah dahulu. Aku sangat ingin membuktikan SMKA akan melahirkan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Tak kisahlah akademik mahupun kokurikulum. Oleh itu, atas semangat yang tinggi untuk tidak mahu SMKA diperlekehkan, aku berlatih dan berusaha sehabis baik. Ini kerana kebanyakan sekolah di daerah ini akan mengatakan SMKA payah nk conquer dalam sukan. Confirm last. Itu adalah tanggapan kasar kebanyakan orang. Waktu ni aku baru Form 3.

Atas semangat dan dorongan daripada guru-guru serta rakan-rakan aku berjaya sehingga dapat mewakili Negeri Perak. Akhirnya aku berjuang di bumi kenyalang. Alhamdulillah. Pengalaman demi pengalaman dalam bidang ini memang banyak sangat.

Di sini, aku belajar erti pengorbanan.
Di sini, aku belajar erti kepercayaan.
Di sini, aku belajar erti nama islam.

Ya, Aku adalah MUSLIM!!!!

Sebenarnya, Allah lah pemberi semangatku yang paling utama. Aku telah mencabar diriku sendiri untuk berlari sambil membawa nama Allah sebagai Tuhan. Aku mengatakan" Jika aku kalah atau mengaku kalah atau sedia dikalahkan, aku tidak yakin dan tidak berjuang sehabis baik yang Allah sebagai Tuhan. Penguasa yang akan menentukan segalanya. Segala perjalanan di langit mahupun di bumi. Inilah cabaran yang aku reka sendiri untuk mengukuhkan semangatku. Aku pun terus berlari sambil berzikir di dalam hati. Di sini, aku juga belajar kebergantungan yang tinggi kepadaNya yang Satu.

Alhamdulillah, aku lahir daripada keluarga yang baik dan belajar dalam biah yang solehah sehinggalah sekarang. Aku tidak menyangka ade umat islam yang berhampiran denganku yang tidak tahu berwudu'. Tidak kenal tikar sejadah. Astaghfirullah. Sewaktu inilah aku mula membuka mata. Tingginya perananku melibatkan diri dalam bidang sukan ini. Aku berasa sangat sedih kerana masih ada antara kita yang tidak diterapkan ilmu agama sejak kecil lagi. Jadi, janganlah ada antara kita yang mudah menabur kata-kata maki kepada mereka. Tak semua orang mengalami ape yang kita alami. Tak semua orang di luar sana yang sudah memahami islam. Tak semua orang dapat ape yang kita dapat. Tegarkah kita memburukkan mereka tanpa membantu mereka?Marilah membantu mereka untuk kenal islam.

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Surah Ali-Imran : 104)

Jadi, tunggu ape lagi? Ilmu tak cukup di dada? Belum alim lagi? Diri pun tak sempurna lagi? Sampai bila kita hendak berdalih? Inilah kata-kata yang sering ditiup oleh syaitan laknatullah untuk membantutkan kita daripada menyampaikan kalimah Lailahaillallah di bumi ini. Sememangnya tiada siapa pun yang sempurna. Sedangkan nabi yang maksum pun pernah melakukan dosa, inikan kita insan biasa.

Sebelum berakhir, sukelah saya untuk berkongsi kata dari IMAM HASAN ALBANA

Wahai ikhwah...
Berimanlah dengan Allah, berbanggalah kerana kamu mengenaliNYA. Bergantunglah kepadaNYA dan letakkanlah harapan kamu kepadaNYA.Janganlah kamu takut kepada yang lain tunaikanlah perintahNYA.
Amalkanlah akhlak yang mulia dan berusahalah ke arah kesempurnaan. Mantapkanlah peribadi kamu. Berbanggalah kerana kemuliaan dan penghormatan yang Allah berikan kepada kamu sebagai orang yang beriman dan soleh.
Tatapilah dan pelajarilah Al-Quran kajilah sira Rasulullah jadilah orang yang beramal dan bukan bercakap sahaja. Apabila Allah memberi hidayah kepada manusia dia akan pimpin manusia supaya beramal. manusia yang diberi hidayah tidak akan sesat kecuali setelah mereka sentiasa berdebat. Pupuklah kasih- sayang sesama kamu peliharalah baik-baik hubungan kamu kerna ia adalah rahsia kekuatan kamu dan terus kejayaan kamu. Bersabarlah sehingga Allah menentukan kedudukan kamu dengan kaum kamu dan Allah sebaik-baik penentu.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada saya dan saudara sekalian supaya kita dapat lakukan ape yang kita sukai dan diredhaiNYA.

Bola oh Bola

GoLLLLLL! Yeah, sy juga minat bola..awk? xpe2, sy taw ade yg minat ade yg x...sy pon xdelah ikut sngt tapi bolehlah taw sikit2. Sekarang ni pasukan Harimau Muda sedang berhempas pulas untuk menjaringkan gol. Saya berdoa diorang akan menang. Asalkan diorang tak tinggalkan perkara yang fardhu udahler.

Bola ni sy da mule kenal sejak tadika lagi. Dulu ustazah ade ajar huruf B. Katanya, B untuk BOLA..eja..B.O. BO...L.A...LA...BOLA. Alhamdulillah, sy da kenal huruf B sampai sekarang dan sy taw org men bola smpai peringkat tertinggi. Paling malang kepada penyokong fanatik bola sepak yang sampai boleh bergadoh nak menangkan pasukan masing2. Ish3. Apelah yg nk jadi budak2 ni. Selagi kita hanya menonton, selagi itulah kita jadi penonton. Menang kalah pasukan yang disokong tetap xeffect ape2 kat kta. So, jgn terlampau fanatik sgt sehingga mengganggu permainan taw.

Kalau ikut sejarah yg sy taw, bola sepak ni wujud hasil daripada kepala umat Islam yang disepak. Betul ke? Kalaulah betul, sanggupkah kalian bermain bola sepak lagi? Tapi kan...sy rase xpelah sbb kta bermain untuk cergaskan badan, mental yg sihat dan smangat berpasukan yg tinggi. namun, kita jgn lupe apekah agenda utama di sebalik permainan2 seperti bola sepak, renang dan lain-lain lagi diwujudkan.

Orang kafir akan cuba sedaya upaya untuk menjauhkan kita dari mengingati Allah.
Awak tahu Konsep 3S2F???
S--Sport
S--Sex
S--Smoking
F--Fashion
F--Fun

Kalau sekarang ni, kita dapat lihat betapa ramai orang Melayu yang beragama islam yang sanggup bersesak-sesak di stadium sejak petang wlupun eventnyer mlm, berkumpul di kedai kopi, dan bangun lewat malam semata-mata kerana menonton bergoleknya sebiji BOLA. Walaupun sebelum ni, nk bangun qiam pon susah, nk berdiri lame sikit wkt solat jemaah pon payah. Kuat sungguh penangan bola sepak dalam kehidupan kita kan.


Comel plak tengok bola ni =)

Baguslah kalau ade yg Qiam dahulu baru menonton bola sepak, solat jemaah di dalam stadium dan berdakwah sambil menonton di kedai kopi. Alhamdulillah. Namun, ini mungkin hanya segelintir daripada kita sahaja. Kalau nk kirakan percent, ntah2 3% daripada kita sume pon xsampai kn?

Jadi, marilah kita muhasabah diri. Xyah pergi jauh, kita tengok diri kita masing-masing termasuklah sy yg sedang menulis ni. Kalau kita diserang oleh orang kafir sekarang, adakah kita akn berjuang seperti semangatnya kita menyokong pasukan bola sepak kita? Tepuk dada, tanya iman.

Cinta datang lagi...

Semua orang pasti pernah jatuh cinta kan? Ingat lagi tak macam mane cinta pandang pertama? haha..pasti semua tengah tersenyum simpul bertali-tali... Bila hati asyik teringat si dia, mulelah makan tak kenyang, mandi tak basah..mane taknyer..nak makan tapi mulut tak nganga, nk mandi tapi sampai lupe nk buka pili air... dok termenung mengelamun jer.. ish3. haha..saye pon macam tu gak..tapi, si dia tu xpernah pon taw saye suke kat dia. Pemalulah katakan...so, hati ni pon terus jer rindu2 pada si dia. Hurm, sampai sekarang saya tak pernah beritahu pada sesiapa.. terus mainkan lagu. Siti Nurhaliza "Biarlah Rahsia" =)

Mase ni, kwn2 saya yang gentleman akan terus gtaw si perempuan yg diminatinya, dan yg pompuan plak ade yang trus terang pada si lelaki untuk luahkan isi hatinya. Hurm, waktu ni ramai yang bermain cintan. Baru nak masuk alam remajalah katakan... Fitrah lelaki dan perempuan yang saling tertarik antara satu sama lain sangat jelas waktu ni. Terfikir plak, adakah diorang nak buktikan inilah fitrah??? Ya, sememangnya ia adalah fitrah tapi janganlah sampai boleh membawa fitnah. Sesungguhnya, kebanyakan penyakit bermula daripada hati dan fitnah terbesar adalah perempuan.

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang paling dasyat atas pemuda melainkan fitnah wanita.


Kalau terserempak dengan si dia, hati terus sahaja berdegup kencang. Kalaulah check tekanan wkt tu, ntah2 bley sampai kene tekanan darah tinggi. Hati terus berbunga-bunga. Walaupun hanya sekejap cuma, namun senyumannya, renungan matanya boleh buat tak lena tidur malam ni. Nampaknyer, hati ni dah semakin parah. Nak bace buku pon payah sebab asyik teringat wajah si dia menari-nari di atas setiap ilmu yang dibaca. Astaghfirullah. Kalau awk sume nak taw, ilmu ni sangat bersih. Kalau ia dicampuri dengan bende2 yang tak sepatutnya, sememangnya ia payah nk lekat dalam hati yang semakin menghitam ni.

Solat pon dah tak khusyuk seperti selalu. Teringat kat dia dah makan ke belum, tengah buat ape..dan macam2 lagi. Adakah cintaku kepada Ilahi telah surut. Sesurut air laut di petang hari menanti malam. Waktu ni, aku mula sedar bahawa tak sepatutnya cinta ku padanya melebihi daripada cinta dan kasihku kepada Sang Pencipta Yang Satu. Kalaulah nyawa ku ditarik waktu ni, mahukah Allah menolongku??? Ke mana ku hendak meletakkan muka ku ini? Aku seperti telah menduakan cinta-Nya dengan cinta yang aku reka sendiri yang sememangnya bersifat sementara.

Hati sememangnya sudah bergelojak untuk bertanya khabar. SMS, fb, call..sume rase cam nak gune jer untuk menghilangkan rasa rindu yang kian menebal. Sebenarnya, inilah jarum2 syaitan. Allah dah pesan,jauhilah zina bukannya jangan berzina. Ini bermakna, apa jua benda yang mendekatkan diri kepada zina haruslah dijauhi. Dalam zaman siber ni, syaitan pon semakin maju kot...tak ketinggalan zaman. Jadi, berdoalah kepada Allah agar fitrah cinta ini disandarkan kepada yang hak.

Al-Bukhari dan Muslim dan selain mereka meriwayatkan drpd Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:

تُنْكحُ الْمَرْأَةُ لأرْبَعٍ: لمالها ولِحَسَبها ولِجَمَالها وَلدينها: فَاظْفَرْ بذاتِ الدِّينِ تَربَتْ يَدَاكَ

Seseorang itu dinikahi kerana empat sebab : Kerana hartanya, keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau merebut yang empunya agama, itulah pilihan terbaik.


Sesungguhnya, Allah telah merancang yang terbaik untuk kita. Jika permulaan cinta kita baik, tidak dinodai dengan hawa nafsu, maka baiklah juga binaan masjid yang bakal didirikan. Aku berharap, Allah akan menemukan aku dengan si dia yang mencintaiNya kerana aku yakin dia jua akan mencintai aku seadanya. Aku pasrah padaMu Ya Allah.

~Aku bukanlah yang terbaik, namun aku cuba ke arah itu~

Monday, November 21, 2011

My first writing...

Bismillahhirrahmanirrahim....

Ape khabar kengkawan? hurm...I'm a new here... Just try to write to fullfill my holiday. Tak sedar pon dah 4 hari duduk di rumah..Ni lah masalahnya bila masa lapang terlampau lapang sehingga terlupe nk buat perancangan sebelum tibanya cuti yang panjang. Astaghfirullah. Miz miz.. ape nk jadilah dengan awak ni. Asyik menghadap facebook jer.

Tibe2 terfikir, antara facebook dgn sejadah,.katmane yg aku paling lama menghadap ye?
Kawan2 dpt agak tak? Hurm,segan nk jawab. Terasa diri ini terlalu cepat alpa dengan godaan dunia. Homework mmglah xde tapi homework sbg hamba kepada Sang Pencipta masih ade lagi kn...sampailah ke hujung nyawa.

Teringat lagu Hijjaz..

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta pangkat dan wanita
Melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati
Kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri
Musuh yang tersembunyi...
Pulanglah kepada Tuhan
Cahaya kehidupan
Keimanan ketaqwaan kepadaNya
Senjata utama

Dah...dah..takyah lah nyanyi sampai habis kan..hehe. Pepun, memang betullah, kalau iman kita kuat, ape jua halangan dan cabaran yang datang pasti dapat ditangani dengan hati yang penuh tenang. Contohnya dugaan masa lapang yang saya sedang terime ni. Kalaulah kita betul2 yakin bahawa Allah sentiasa bersama dengan kita. Nak buat jahat pon kene pikir banyak kali. Malu kan kalau Allah tengok kita buat bende pelik2 walaupon orang lain sume xnampak. Di luar nampak baik, di dalam??? =_= (Peringatan buat diriku ini)


Kawan2 pelik tak kalau orang puji diri korang baik sangat... tapi korang taw yang korang ni xdelah baik sangat. Budak hu ha hu ha jugak. taw x sebab ape? Mesti ade yg da taw kan..tapi, saye nk citer gak...dengar taw.. sebaaabbbb Allah dah tolong tutupkan aib yang korang buat daripada semua orang. Baikkan Allah. Sepatutnya, kalau orang puji kita lepas ni, kite kene bersyukur sangat pada-Nya dengan ucapkan alhamdulillah.. Sebab Dia lah kita masih dipandang mulia oleh orang lain. Kalaulah ade skrin keburukan kita terpampang atas kepala yang sume orang boleh tengok, ntah2 sume orang da xrespect kita dah.


Banyaknyer aib yang Allah da tutup...

So, untuk memastikan kita sume dapat elakkan daripada buat perkara2 yang pelik dan sia2, saya nk share dgn korang something.. Cer tengok bawah ni. Ini ialah antara aktiviti yang korang akan buat, perlu buat dan digalakkan buat. Tandalah setiap kali aktiviti yg krang buat ikut hari. Secara tidak langsung, kita dapat taw bila mase iman kita naik dan bila mase iman kita jatuh bergedebuk debuk. So, selamat beramal. ^_^

QUALITY CONTROL SEMASA CUTI


BIL

PERKARA

TARIKH






HARI

Sabtu

Ahad

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

1

Qiammulail

2

Tilawah

3

Dhuha

4

Mathurat

5

Istighfar

6

Hafalan hadis

7

Hafalan juzu’ amma

8

puasa sunat

9

Tidak tidur selepas subuh

10

Tolong emak masak

11

Solat diawal waktu

12

Berdakwah dengan keluarga (cerite agama)

13

Membaca buku ilmiah

14

Beriadah

15

Tengok TV

16

Main games

17

Tolong emak kemas rumah