Tuesday, November 22, 2011

Cinta datang lagi...

Semua orang pasti pernah jatuh cinta kan? Ingat lagi tak macam mane cinta pandang pertama? haha..pasti semua tengah tersenyum simpul bertali-tali... Bila hati asyik teringat si dia, mulelah makan tak kenyang, mandi tak basah..mane taknyer..nak makan tapi mulut tak nganga, nk mandi tapi sampai lupe nk buka pili air... dok termenung mengelamun jer.. ish3. haha..saye pon macam tu gak..tapi, si dia tu xpernah pon taw saye suke kat dia. Pemalulah katakan...so, hati ni pon terus jer rindu2 pada si dia. Hurm, sampai sekarang saya tak pernah beritahu pada sesiapa.. terus mainkan lagu. Siti Nurhaliza "Biarlah Rahsia" =)

Mase ni, kwn2 saya yang gentleman akan terus gtaw si perempuan yg diminatinya, dan yg pompuan plak ade yang trus terang pada si lelaki untuk luahkan isi hatinya. Hurm, waktu ni ramai yang bermain cintan. Baru nak masuk alam remajalah katakan... Fitrah lelaki dan perempuan yang saling tertarik antara satu sama lain sangat jelas waktu ni. Terfikir plak, adakah diorang nak buktikan inilah fitrah??? Ya, sememangnya ia adalah fitrah tapi janganlah sampai boleh membawa fitnah. Sesungguhnya, kebanyakan penyakit bermula daripada hati dan fitnah terbesar adalah perempuan.

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang paling dasyat atas pemuda melainkan fitnah wanita.


Kalau terserempak dengan si dia, hati terus sahaja berdegup kencang. Kalaulah check tekanan wkt tu, ntah2 bley sampai kene tekanan darah tinggi. Hati terus berbunga-bunga. Walaupun hanya sekejap cuma, namun senyumannya, renungan matanya boleh buat tak lena tidur malam ni. Nampaknyer, hati ni dah semakin parah. Nak bace buku pon payah sebab asyik teringat wajah si dia menari-nari di atas setiap ilmu yang dibaca. Astaghfirullah. Kalau awk sume nak taw, ilmu ni sangat bersih. Kalau ia dicampuri dengan bende2 yang tak sepatutnya, sememangnya ia payah nk lekat dalam hati yang semakin menghitam ni.

Solat pon dah tak khusyuk seperti selalu. Teringat kat dia dah makan ke belum, tengah buat ape..dan macam2 lagi. Adakah cintaku kepada Ilahi telah surut. Sesurut air laut di petang hari menanti malam. Waktu ni, aku mula sedar bahawa tak sepatutnya cinta ku padanya melebihi daripada cinta dan kasihku kepada Sang Pencipta Yang Satu. Kalaulah nyawa ku ditarik waktu ni, mahukah Allah menolongku??? Ke mana ku hendak meletakkan muka ku ini? Aku seperti telah menduakan cinta-Nya dengan cinta yang aku reka sendiri yang sememangnya bersifat sementara.

Hati sememangnya sudah bergelojak untuk bertanya khabar. SMS, fb, call..sume rase cam nak gune jer untuk menghilangkan rasa rindu yang kian menebal. Sebenarnya, inilah jarum2 syaitan. Allah dah pesan,jauhilah zina bukannya jangan berzina. Ini bermakna, apa jua benda yang mendekatkan diri kepada zina haruslah dijauhi. Dalam zaman siber ni, syaitan pon semakin maju kot...tak ketinggalan zaman. Jadi, berdoalah kepada Allah agar fitrah cinta ini disandarkan kepada yang hak.

Al-Bukhari dan Muslim dan selain mereka meriwayatkan drpd Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:

تُنْكحُ الْمَرْأَةُ لأرْبَعٍ: لمالها ولِحَسَبها ولِجَمَالها وَلدينها: فَاظْفَرْ بذاتِ الدِّينِ تَربَتْ يَدَاكَ

Seseorang itu dinikahi kerana empat sebab : Kerana hartanya, keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau merebut yang empunya agama, itulah pilihan terbaik.


Sesungguhnya, Allah telah merancang yang terbaik untuk kita. Jika permulaan cinta kita baik, tidak dinodai dengan hawa nafsu, maka baiklah juga binaan masjid yang bakal didirikan. Aku berharap, Allah akan menemukan aku dengan si dia yang mencintaiNya kerana aku yakin dia jua akan mencintai aku seadanya. Aku pasrah padaMu Ya Allah.

~Aku bukanlah yang terbaik, namun aku cuba ke arah itu~

No comments:

Post a Comment

Sebarang kritikan atau penambahbaikan dialu-alukan ^_^