Friday, December 28, 2012

Nak Jual Tak ?

Di suatu petang yang sunyi kelihatan seorang pemuda tertunduk sayu di bawah pohon yang rendang. Ternyata wajahnya menggambarkan hatinya yang penuh dengan perasaan gundah gulana. 

"Arghh...aku tidak sanggup lagi hidup begini."pemuda itu menjerit tiba-tiba. Kelihatan dia benar-benar terbeban dengan apa yang sedang dialaminya.

"Ya Allah! Mengapa aku ditipu sahabatku sendiri? Mengapa?"

Rupa-rupanya pemuda tersebut telah dikhianati oleh sahabatnya sendiri. Perniagaan yang diusahakan selama 10 tahun akhirnya jatuh muflis sehingga dirinya tidak lagi tentu arah. Wangnya dibekukan. Hartanya disita. Dia bagaikan layang-layang yang putus talinya. Kemewahan yang dinikmatinya selama ini lenyap sekelip mata.

Dia termenung jauh. Jauh sehingga tenggelam dalam kesepian hati yang mendalam.

"Duit ini buat modal. Ini sahaja wang simpanan ibu hasil jualan pisang goreng selama ni".
"Arif kasihan melihat ibu. InsyaAllah bila Arif dah jadi ahli perniagaan yang berjaya nanti ibu tak perlu susah-susah jual pisang goreng lagi".
"Amboi, baiknya anak ibu. Ibu akan sentiasa doakan anak ibu ni. Jaga diri baik-baik di tempat orang"
"Baik bu. Arif akan ingat segala pesanan ibu. Nanti Arif akan pastikan kita berdua dapat tunaikan haji bersama".

Tahun demi tahun berlalu. Ibunya di kampung langsung tidak dijenguk. Perniagaan Arif semakin maju. Syarikat Arif Holdings miliknya telah tersohor di seluruh pelusuk dunia.

"Arif..Arif..ko memang hebat sekarang. Sape pulak perempuan semalam yang aku terserempak tu?",kata Jalil sahabatnya.
"Tengok oranglah..Belum petik, berduyun-duyun dah datang",balas Arif dengan bangganya.

Ternyata kehidupan Arif sangat jauh tersimpang dari jalan-Nya. Tikar sejadah tak nampak lagi, minuman syaitan dibiarkan mengalir di dalam diri. Ibunya yang jatuh sakit kerana sangat merindukan anak tunggalnya itu akhirnya menyambut seruan Ilahi dalam satu episod duka. 

"Arif, ape nak jadi dengan ko ha?? Sumpah ko memang lain. ko bukan Arif yang aku kenal dulu",tegur sahabat sekampungnya Imran.
"Rilex la bro. Ko nak kecoh-kecoh dalam office gua ni apahal ?" Arif berang.
"Rilex ko kata? Apasal ko tak pernah-pernah nak balik kampung dah? Sian aku tengok mak ko,"Imran menambah.
"Kenapa?Mak aku dah nak mati ke? Duit setiap bulan aku bagi. Bukannye aku tak bagi.Kira baiklah tu."balas Arif dengan bongkaknya.
"Astaghfirullahhala'zim. Mengucap Rif..mengucap. Dunia ni sementara je Rif. Aku datang sini cuma nak tahu khabar ko. Kenapa ko tinggalkan mak ko macam tu je''.
"Tak payah lah ko nak pura-pura baik depan aku. Aku tahulah jaga mak aku sendiri. Dia tak ade lagi bagus." Arif menjawab selamba.
"Pang".satu tamparan hebat hinggap di pipi Arif.
"Ko memang layak kene pelempang aku tu. Kalau ko nak tahu..mak ko sebenarnya memang dah pergi. Jadi, tak perlu ko hantar duit-duit ko tu lagi" 

Imran terus pergi tanpa menoleh melihat Arif lagi. Hatinya benar-benar kesal dengan sikap sahabat baiknya dahulu.

"Tan Sri, kewangan syarikat kita jatuh teruk. Pelabur-pelabur kita pun sudah lari."kata penolongnya.
"Tan Sri...Tan Sri Arif Haikal bin  Ahmad",penolong kanannya menguatkan sedikit suaranya.
"Oh ye maafkan saya. Apa awak cakap tadi?" Arif tersedar dari lamunannya.

Tiba-tiba pintu diketuk. Sahabat perniagaanya, Jalil masuk sambil bertepuk tangan.
"Syabas Tan Sri Arif Haikal bin Ahmad! Syabas! Aku dah lama tunggu saat ini"
"Maksud ko?"
"hahahaha..akulah dalang semua ini. Akulah..ko tak nak tanya kenapa aku buat begitu?Tanyalah."
"Pengkhianat!!!"
"Sabar bro..rileks..ko tipu perusahaan ayah aku. Ko main kayu tiga dengan adik aku. Sekarang terimalah zaman kejatuhan ko.Ini baru permulaan dan ko bakal bungkus", Jalil tersenyum puas meninggalkan Arif.

Arif terjelepuk. Mimpi hitam yang sering menganggunya menjadi kenyataan. 

"Abang, abang buat apa di sini? Dah nak masuk Maghrib ni." satu suara yang tiba-tiba menyapa menyentuh gegendang telinganya.

Arif tersedar dari lamunannya. Di hadapannya berdiri seorang pemuda bersama anaknya yang dalam lingkungan 4 tahun. 

"Abang, jom kita solat bersama di surau. Azan pun dah berkumandang". ajak pemuda tersebut.
Arif memandang sayu. Wajah pemuda tersebut ditatap. Begitu jernih.Tenang setenang air yang mengalir. Anak kecil tersebut pula begitu comel dengan jubah putihnya. Hati kecil Arif terusik. Memandang mereka berkali-kali. 

"Betapa hinanya aku berbanding mereka. Aku sudah jauh ketinggalan dalam kesesatan. Kegelapan ini semakin menghimpit diri sehingga aku terasa sesak yang melemaskan. Aku biar ibuku keseorangan. Dia meninggal pun aku tak kisah. Harta dunia sememangnya telah merasuk dalam jiwaku. Yang haq dan batil dicampur sahaja. Asal untung sahaja aku sapu. Ya Allah..apakah masih ada jalan untukku?"Arif terus berkata-kata di dalam hati mengenangkan dosa-dosanya yang terlalu berat dalam dirinya.

"Abang..marilah",pemuda tersebut terus mengajaknya dengan senyuman apabila melihat Arif hanya kaku tanpa seribu bahasa.
"Aku...aku..aku sebenarnya..",Arif tergagap-gagap. Dia sebenarnya malu hendak mengaku yang dia sudah pun lupa cara solat.
"Abang..Allah itu Maha Pengampun. Mohonlah taubat dari-Nya. Kalau saya boleh bantu, saya bantu. Abang janganlah malu dengan saya kerana saya pun manusia biasa seperti abang"

Arif tidak dapat menampung lagi kepiluan hatinya. Air mata keinsafan akhirnya jatuh jua.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

"Ustaz, macam mana nak baca ni?",tanya Iman.
"Owh,ini kene dengung ", jawab Ustaz Arif.

Arif kini sibuk mengajar mengaji di surau-surau. Kadangkala dia juga turut menjadi penceramah dalam majlis-majlis ilmu. Ilmu agama yang telah dipelajarinya terus diamalkan sehingga terpancar dalam perilakunya sehari-hari. Ilmu perniagaannya juga turut dikongsi bersama pemuda-pemuda kampung yang ingin mula berniaga.

Alhamdulillah,Subhanallah. Allahuakbar! Kini, barulah Arif  menjadi peniaga yang benar-benar berjaya. 

Firman Allah dalam Surah At-Taubah  ayat 111, mafhumnya:

"Sesungguhnya ALLAH MEMBELI dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh , (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan JUAL BELI yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung."


 Sebenarnya saya terlintas untuk menulis entri ini adalah kerana saya ingin belajar berniaga online tetapi masih tidak menemui yang terbaik. Niat di hati ingin menjual barang islamik secara online dengan mudah. Ketika hati masih tercari-cari barang yang sesuai untuk dijadikan permulaan perniagaan, ibuku pula menasihatiku agar menjual barang yang ada di depan mata. Jangan menjadi penjual bagi barangan yang kita sendiri tak pasti kewujudannya. Sejujurnya, hatiku sedih kerana itu akan memerlukan modal yang tinggi. Ketika itulah Allah menyentuh hatiku dengan ayat 111 surah At-Taubah. 

Sedar atau tidak, sebenarnya kita sudah lama menjadi ahli perniagaan. Pembeli kita bukan manusia seperti kita. Kita berjual beli dengan Allah. Namun, hakikatnya semua yang kita miliki juga adalah milik-Nya..pemberian-Nya. Tiada satu pun yang menjadi milik kita kerana semua itu adalah dari-Nya. Tapi kadangkala kita anggap ia hak milik kekal kita pula sehingga kita begitu berkira-kira dengan Allah. Untuk peringatan diri yang berkata ini juga. 

Jadi, marilah bersama kita mencontohi sahabat nabi Suhaib Ar-Rumi yang telah membuat perniagaan yang untung sehingga Rasulullah s.a.w. bersabda "Sungguh beruntung perniagaanmu, wahai Abu Yahya...,sungguh beruntung perniagaanmu...!" Anda kenal dengan Suhaib Ar-Rumi? Pastikan anda mengenalinya. 



Search jangan tak search. 

<<<<< SELAMAT MAJU JAYA AHLI PERNIAGAAN SEMUA >>>>> 

 


Thursday, December 6, 2012

JANGAN TINGGALKAN SAYA



Tangan : Eh, awak buat apa tu mata?
Mata    : Saya tengah tengok gambar awek nilah..comel giler ^_^. Awak pula tengah buat apa tangan?
Tangan : Saya tengah nak update status fb ni..kongsi stress ngan kawan-kawan.
Mata    : Eh2..tengok ni...biar betul.
Tangan : Ha ahlah...jap2,biar I comment sikit.

Monday, December 3, 2012

Aku Masih Bertatih


Allah Perancang yang tebaik
Pejam celik pejam celik...da besar da aku rupenyer...pantas sungguh masa berlalu.Kenangan lalu masih berputar sehingga kadangkala aku hampir tak mengenali diriku yang lalu. Cantik sungguh perancangan Ilahi. Aku bersyukur padamu Ilahi kerana Engkau mempertemukan aku dgn mereka yang selalu mengingatkan aku. Aku masih teringat pada Uncle Cina yg mahu menjadikan daku ank angkat. Tatkala itu,hati kecilku berkata..klu aku hitam pun xpe asalkan aku Islam. Wktu tu aku berharap sgt dy xde ape2 hbungn dengn aku. Maklumlah, wkt tu aku kecil lagi.

Sunday, November 11, 2012

TIMES UP!!!

Manusia selalu rugi. Rugi dengan masa yang dibazirkan sehingga Allah telah bersumpah dengan masa dalam surah Al-Asr. Bila cuti menjelang tiba, kita boleh tengok banyak status di facebook yang tertulis "bosan", "ape nak buat?", "jom hangout"...oh banyaknya masa terbuang...

Wednesday, February 8, 2012

=_=

Aku ingin jauh dari segalanya.Biarlah Allah peneman diriku kerana Dia sahaja yang Paling memahamiku.