Sunday, November 27, 2011

Kau Pergi

SATURDAY, NOVEMBER 26, 2011

Dua Pelajar UiTM Seri Iskandar Maut Dalam Kemalangan
IPOH: Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Seri Iskandar terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori dan kenderaan pacuan empat roda di Km7 Jalan Ipoh-Lumut dekat sini, Sabtu.



Mereka dikenali sebagai Mohamad Helmy Mohd Yusof, 21, berasal dari Ulu Kinta dan rakannya Ain Nadiah Baharuddin, 21, dari Kampung Datuk Ahmad Said, Manjoi.

Kedua-duanya meninggal di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, kata Ketua Polis Trafik Negeri, Superitendan Wan Abdullah Ishak. Beliau berkata, kejadian berlaku pada 10.30 pagi apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu Helmy dalam perjalanan dari sini untuk pulang ke kampus mereka, dikatakan gagal dikawal lalu terbabas ke kanan jalan dan merempuh sebuah lori sementara sebuah pacuan empat roda yang berada di belakang kereta mangsa turut merempuh kereta itu.

Kedua-dua mangsa tersepit di dalam kereta mereka dan tepaksa dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat. - BERNAMA


Aku terkelu tatkala membaca keratan akhbar ini.Aku seperti tak percaya. Kaukah itu?
Sahabatku?Ain? Ain? Aku masih ingat kenangan kita bersama..Ayunya wajahmu, sopannya jalanmu, comelnya gelak tawamu, nakalnya kau mengusik kami. Senda gurau sering mengisi syurga kanak-kanak kita.

Aku masih ingat..Saat kita belajar bersama-sama, saat kita bermain bersama-sama, saat kita berkejar-kejaran di tempat letak basikal sekolah...Sepatutnya xboleh lari kat kwsan sekolah kan?
Mentang2 aku jaga kawasan tu =_=

Kau Pengawas PS..Rajin kau menyusun buku di library..patutlah cikgu Norizan sayang lebih, Kadang2 kau menyibuk tengok aku berlatih bercerita di PS kan..Comel jer...

Aku tahu, aku kelam-kabut sikit, selepas selesai mengemas Bilik Tayang aku pergi library, Waktu tu, dah lepas UPSR..aku nampak kau tengah sibuk menyusun buku lagi...Tibe2,loceng berbunyi...Aduih aku tak bawa jam waktu tu n terus balik rumah..rupa2nya baru pukul 11 pagi. Patutlah kau nampak pelik bila aku bergegas nak balik. Loceng untuk tahap 1 rupanya. Kau telefon aku beritahu yang ustaz cari aku tadi. Habislah aku..gelabahlah sebab balik awal.

Banyak sungguh kenangan kita..Tak semua dapat ku gambarkan dengan kata-kata. Hanya yang mengalami akan mengerti..Selepas UPSR,aku hanya tahu khabarmu dari jauh. Tempat kita belajar berbeza.

Tiba-tiba,berita pemergianmu ku terima,
Ya Allah,  aku tak sangka, benar2 tak sangka, kau pergi dulu dari aku, aku menangis tapi aku tahu tangisanku tak dapat ubah apa-apa, hanya doa yang dapat ku kirim...Cara kau diambil sungguh menyedihkan..Namun aku bersyukur kerana kau telah syahid. Syahid kerana kau diambil ketika dalam perjalanan untuk menuntut ilmu.

Buatmu sahabatku yang tersayang..ku harap kau bahagia di sana. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.

Buat yang masih hidup, hargailah usia kita... Yang pergi biarkan pergi..yang tinggal harus teruskan perjuangan..Setiap detik akan dihisab. Jangan risaukan bagaimana cara kita nak meninggal tetapi risaulah jika cara hidup kita masih jauh dari-Nya. Kematian kita tidak akan dicepatkan atau dilambatkan walaupun sesaat. Tidak kira tua atau muda. Bila charge nyawa kita dah habis, kita tetap akan pergi. Cuma kita tak tahu bila dan bagaimana. Semoga ia menjadi peringatan buat kita. 

Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Sebarang kritikan atau penambahbaikan dialu-alukan ^_^