Tuesday, November 22, 2011

Bola oh Bola

GoLLLLLL! Yeah, sy juga minat bola..awk? xpe2, sy taw ade yg minat ade yg x...sy pon xdelah ikut sngt tapi bolehlah taw sikit2. Sekarang ni pasukan Harimau Muda sedang berhempas pulas untuk menjaringkan gol. Saya berdoa diorang akan menang. Asalkan diorang tak tinggalkan perkara yang fardhu udahler.

Bola ni sy da mule kenal sejak tadika lagi. Dulu ustazah ade ajar huruf B. Katanya, B untuk BOLA..eja..B.O. BO...L.A...LA...BOLA. Alhamdulillah, sy da kenal huruf B sampai sekarang dan sy taw org men bola smpai peringkat tertinggi. Paling malang kepada penyokong fanatik bola sepak yang sampai boleh bergadoh nak menangkan pasukan masing2. Ish3. Apelah yg nk jadi budak2 ni. Selagi kita hanya menonton, selagi itulah kita jadi penonton. Menang kalah pasukan yang disokong tetap xeffect ape2 kat kta. So, jgn terlampau fanatik sgt sehingga mengganggu permainan taw.

Kalau ikut sejarah yg sy taw, bola sepak ni wujud hasil daripada kepala umat Islam yang disepak. Betul ke? Kalaulah betul, sanggupkah kalian bermain bola sepak lagi? Tapi kan...sy rase xpelah sbb kta bermain untuk cergaskan badan, mental yg sihat dan smangat berpasukan yg tinggi. namun, kita jgn lupe apekah agenda utama di sebalik permainan2 seperti bola sepak, renang dan lain-lain lagi diwujudkan.

Orang kafir akan cuba sedaya upaya untuk menjauhkan kita dari mengingati Allah.
Awak tahu Konsep 3S2F???
S--Sport
S--Sex
S--Smoking
F--Fashion
F--Fun

Kalau sekarang ni, kita dapat lihat betapa ramai orang Melayu yang beragama islam yang sanggup bersesak-sesak di stadium sejak petang wlupun eventnyer mlm, berkumpul di kedai kopi, dan bangun lewat malam semata-mata kerana menonton bergoleknya sebiji BOLA. Walaupun sebelum ni, nk bangun qiam pon susah, nk berdiri lame sikit wkt solat jemaah pon payah. Kuat sungguh penangan bola sepak dalam kehidupan kita kan.


Comel plak tengok bola ni =)

Baguslah kalau ade yg Qiam dahulu baru menonton bola sepak, solat jemaah di dalam stadium dan berdakwah sambil menonton di kedai kopi. Alhamdulillah. Namun, ini mungkin hanya segelintir daripada kita sahaja. Kalau nk kirakan percent, ntah2 3% daripada kita sume pon xsampai kn?

Jadi, marilah kita muhasabah diri. Xyah pergi jauh, kita tengok diri kita masing-masing termasuklah sy yg sedang menulis ni. Kalau kita diserang oleh orang kafir sekarang, adakah kita akn berjuang seperti semangatnya kita menyokong pasukan bola sepak kita? Tepuk dada, tanya iman.

No comments:

Post a Comment

Sebarang kritikan atau penambahbaikan dialu-alukan ^_^