Friday, June 26, 2015

Muhasabah

Bismillahhirrahmanirrahim..

Biar masa berlalu pergi..biar pengalaman mengajar diri..biar segalanya kita tempuhi...yang penting Allah sentiasa di hati.

Hidup ini tak selalunya indah.. bagai lakaran di kanvas cinta. Penuh mewangi bunga-bungaan..kadangkala gugur ditiup angin kencang..yang pastinya diatur Ilahi Yang Satu.

Kita merancang.. Allah jua merancang dan perancanganNya pastilah lebih hebat daripada hambaNya yang kerdil lagi hina ini. tak terjangkau dek akal fikiran yang cetek..sehebat ini rencanaNya. Aku masih menanti apakah yang bakal berlaku seterusnya. Fikir yang baik-baik..doa yang baik-baik..insyaAllah yang datang juga pasti yang baik-baik sahaja.

Sempat atau tidak ke fasa seterusnya..masih menjadi rahsia Sang Pencipta. Namun, yang pasti...kematian itu tersangatlah hampir. Ramai yang telah kembali ke alam fana di kala usia yang masih muda. Sememangnya kematian itu tidak dipercepatkan atau dilambatkan walau sesaat.

Muhasabahlah wahai diri pendosa. Bertaubatlah diri selagi berpeluang. Ramadhan ini mungkin yang terakhir dan mungkin juga tidak. Tiada siapa yang tahu. Namun..bumi ini telah banyak menunjukkan tandanya. Apa yang berlaku adalah kerana adanya tangan-tangan manusia yang merosakkan sendiri. Ketamakan...ya...ketamakan...bagai tidak terasa amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada alam sekitar. Apa yang hendak ditinggalkan kepada generasi akan datang? Tidak terasakah seperti menggali kubur sendiri.

Ya Allah..ampunilah kami semua..
Ya Allah..ampunilah kami semua..
Ya Allah...ampunilah kami semua..

Hati ini kadangkala masih menyalahkan orang lain..
Namun diri ini masih tidak melaksanakan amar makruf nahi munkar dengan sebaiknya.
Ampunilah kami Ya Allah Ya Ghafur..
.............................................

~ Think..act ~

Thursday, December 4, 2014

Usia

Usia, 
Satu amanah yang perlu pertanggungjawaban,
Diri yang alpa akan karam di lautan,
Mereka yang celik akan terasa kesuntukan.

Aku,
Tidak terkecuali,
Golongan kiri dan kanan menarikku,
Kadangkala goyah jua imanku ditiup nafsu,
Istighfar dan bertaawwuz mohon dijauhkan,
Cinta dunia tak akan ke mana,
Cinta akhirat itulah abadinya.

Suntikan semangat harus dicari,
Benih keimanan harus disemai,
Ilmu di dada pinta diamal,
Akhlak mahmudah menjadi wangian,
Tanpa ikhlas punahlah ibadah,
Mahu jadi orang yang rugi?
TIDAK!!

Wahai diri yang bernama hamba,
Sudahkah mainkan perananmu?
Mengabdikan diri hanya pada Yang Esa,
Barulah dirimu layak bergelar hamba Allah.

Awan tanah
1:20 pagi, 3 Disember 2014


Tuesday, December 2, 2014

Aku yang buta

~Aku yang buta~

Bicara ini bicara kelu,
Bicara ini bicara bisu,
Bicara ini bicara si buta,
Mencari cahaya di dalam gelita.

Di manakah cahaya?
Tiadakah yang mahu memberi sedikit kepadaku?
Aku terpaksa merangkak dengan penuh payah,
Mencari sedikit kekuatan menuntut mujahadah.

Ia datang tanpa dipinta,
Tiba-tiba membisu tanpa kata,
Kembali menyinggah tanpa ku paksa,
Ku cuba usir namun bertakhta.
Aku terus bermain kata,
Di dalam hati terus berbicara,
Mencari hikmah di depan mata,
Tapi aku masih buta.

Nikmat dunia terbentang luas,
Dugaan menyapa terus melatah,
Duniawi mengaburi akhirat menyepi,
Adakah mahu terus buta??
TIDAK!!

Bangunlah diri wahai si buta,
Cinta Ilahi cinta hakiki,
 Mujahadahlah dalam memperbaiki diri,
Kejar akhirat dunia pasti menyusurimu.

Ayuh jangan lena diulik mimpi,
Jadilah perindu malam bersama Ilahi,
Dunia di tangan akhirat di hati,
Kerana kematian itu pasti.


Awan tanah  
2 Disember 2014 , 1:37 pagi




Friday, January 10, 2014

Kalau benar-benar ikhlas, mengapa mahu merungut?

Ikhlas...mudah diucap tetapi sukar diamalkan.
Sepanjang aku masih berada di IPG, aku masih tertanya-tanya kepada diri..
"Apakah aku benar-benar ikhlas untuk menjadi seorang guru?"

Aku takut kerana jika hati ku gelap, mampukah aku memberi cahaya buat anak didik yang suci bersih itu. AKU IKHLAS...sebut jelah seribu kali pun, andai sememangnya hati telah terpesong dari niat kerana Allah,pasti keikhlasan itu ternoda.

Sedar tak sedar, tahun berikutnya aku akan berpraktikum. Ya,praktikum selama sebulan. 

"Ya Allah, jika benar aku ikhlas...pasti aku tak mengharapkan hadiah daripada anak-anak murid kan? Jadi, aku tak akan beritahu bila aku akan habis di sekolah ini."  Fikiranku melayang kerana kebanyakan guru-guru praktikum pasti post gambar-gambar hadiah yang diperoleh daripada anak murid. Yang pastinya, akan ada yang 'comment' bertuah anak murid sayang.

Dalam hatiku, siapa yang tidak suka hadiah kan? Semua orang suka. Sekiranya aku ditempatnya, adakah aku akan ikhlas jika tiada hadiah? Aku terdiam. "Ya Allah,tolonglah jaga keikhlasanku. Biarlah tiada hadiah supaya aku ikhlas". 

Aku pun mengajar seperti biasa... banyak benda yang aku belajar. Alhamdulillah, cuma perlu bijak mengawal anak murid yang sangat aktif ini. Guru pembimbingku sangat baik. Banyak yang aku belajar daripadanya. 

Praktikum kali ini, sememangnya aku tidak memperoleh sebarang hadiah yang berbalut cantik, hanya surat cinta daripada anak murid yang menyentuh hatiku.

"Cikgu, terima kasih kerana sejak cikgu mengajar, saya baru faham macam mana nak bahagi".

Betapa terharunya hatiku hanya Allah  sahaja yang tahu. Inikah perasaan seorang murobbi? Apabila аnak murid memahami apa yang ingin disampaikannya.

Praktikum buat kali kedua pula selama dua bulan. Di sini, lain pula ceritanya. Namun, aku perlu tabah menghadapinya sehingga tak sangka aku pernah bertanya kepada pensyarahku. "Benarkah aku di bidang ini?" Ujian tersebut hanya Allah sahaja yang lebih tahu isi hatiku. Aku berusaha apa yang termampu. Walau aku tidak sempat melihat perubahan mereka di depan mata, sekurang-kurangnya biarlah aku berusaha untuk mereka memulakan langkah yang pertama.

Akhirnya, aku sudah pun berada di tahun akhir. Praktikum yang terakhir bertempat di Banting. Buku berjudul "Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik"ku khatamkan dahulu. Praktikum dijalani seperti biasa dan pada masa yang sama, aku perlu laksanakan kajian tindakan. Aku tidak mahu tugasan lain mengganggu tugasku sebagai




Aku rasa terharu.. walaupun anak-anak murid menyatakan kekesalannya kerana tidak mampu memberi hadiah kerana aku merahsiakannya, tetapi biarlah doa yang sentiasa mengiringi perjalanan kita semua.