Friday, June 26, 2015

Muhasabah

Bismillahhirrahmanirrahim..

Biar masa berlalu pergi..biar pengalaman mengajar diri..biar segalanya kita tempuhi...yang penting Allah sentiasa di hati.

Hidup ini tak selalunya indah.. bagai lakaran di kanvas cinta. Penuh mewangi bunga-bungaan..kadangkala gugur ditiup angin kencang..yang pastinya diatur Ilahi Yang Satu.

Kita merancang.. Allah jua merancang dan perancanganNya pastilah lebih hebat daripada hambaNya yang kerdil lagi hina ini. tak terjangkau dek akal fikiran yang cetek..sehebat ini rencanaNya. Aku masih menanti apakah yang bakal berlaku seterusnya. Fikir yang baik-baik..doa yang baik-baik..insyaAllah yang datang juga pasti yang baik-baik sahaja.

Sempat atau tidak ke fasa seterusnya..masih menjadi rahsia Sang Pencipta. Namun, yang pasti...kematian itu tersangatlah hampir. Ramai yang telah kembali ke alam fana di kala usia yang masih muda. Sememangnya kematian itu tidak dipercepatkan atau dilambatkan walau sesaat.

Muhasabahlah wahai diri pendosa. Bertaubatlah diri selagi berpeluang. Ramadhan ini mungkin yang terakhir dan mungkin juga tidak. Tiada siapa yang tahu. Namun..bumi ini telah banyak menunjukkan tandanya. Apa yang berlaku adalah kerana adanya tangan-tangan manusia yang merosakkan sendiri. Ketamakan...ya...ketamakan...bagai tidak terasa amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada alam sekitar. Apa yang hendak ditinggalkan kepada generasi akan datang? Tidak terasakah seperti menggali kubur sendiri.

Ya Allah..ampunilah kami semua..
Ya Allah..ampunilah kami semua..
Ya Allah...ampunilah kami semua..

Hati ini kadangkala masih menyalahkan orang lain..
Namun diri ini masih tidak melaksanakan amar makruf nahi munkar dengan sebaiknya.
Ampunilah kami Ya Allah Ya Ghafur..
.............................................

~ Think..act ~