Thursday, November 24, 2011

Aku Hanya Insan Biasa


Aku insan biasa,
Yang datang hanya sekejap cuma,
Perkenalan ini telah dirancang,
Dan akan juga pergi suatu hari.


Aku datang sekadar angin,
Angin yang berlalu menyapamu,
Bukan seperti rama-rama yang akan hinggap dalam hidupmu,
Bukan juga seperti bunga yang sedia menerima sang kumbang.

Hidup ini akan terus berputar,
Dan kau akan bertemu dengan ramai lagi insan lain,
Yang akan pergi silih berganti,
Menyinari hidupmu.

Bukan aku terlalu memilih,
Bukan juga aku cepat mereject,
Siapalah aku untuk berbuat begitu,
Aku juga banyak kekurangannya,
Jadi,aku belum bersedia.

Kalaulah kau tahu,
Aku takut sebenarnya,
Aku takut kalau kau menungguku,
Kerana aku bukan siapa-siapa,
Bukan seperti Saidina Ali mahupun Khalid Al-Walid,
Bukan juga seperti Saidatina Khadijah mahupun Saidatina Aisyah,
Aku cuma  insan biasa,
Yang masih banyak khilafnya,
Walaupun aku cuba mencontohi mereka.

Hanya ku pinta,
Kau memahami aku dan berdoalah,
Kerana aku hanya yakin padaNya,
Andai Allah membuka hatiku buatmu,
Itulah jodohku,
Kerana aku hanya insan biasa,
Dan Allah Maha Kuasa.




No comments:

Post a Comment

Sebarang kritikan atau penambahbaikan dialu-alukan ^_^