Tuesday, November 29, 2011

Jodoh?

Astaghfirullah~ =_=
Macam mane ni? Aku tak pernah nak fikir lagi pasal ni secara serius. Aku tak pernah rapat dengan sesiapa. Semua aku layan macam kawan biasa jer. Bercakap pon bukan selalu. Sume hal tugasan. O_o. Bukan aku tak pernah suka pada insan yang berlainan dari jenis ku, tetapi aku akan abaikan perasaan tu. Aku rase belum tibe lagi masanya. Dan ini adalah fitrah kalau timbul perasaan sebegitu. Dan kau juga begitu kan? Kalau kau tertarik padaku, itu hanya perasaan yang normal bukan? 



Maaf, aku terpaksa menyatakannya walaupun pahit. Aku rase bersalah tetapi biarlah kau kecewa sekarang supaya tidak terus mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Sukar aku hendak menaipnya...aku terkejut tatkala sebaik sahaja aku post status ni di fb:


Jangan gatal2 nak mendapatkan cinta manusia sedangkan cinta kpd Pencipta belum tentu kita berjaya menggenggamnya..ayuhlah syabab!!marilah sama2 kita melengkapkan cinta kepadaNya ^_^

~Muhasabah Diri~

Tibe2,meseg awk masuk dlm hp ku. Aku tahu awk xon9 dan xbace pon post ni... sbenarnye ia ditujukan untuk awk. Awak benar2 inginkan kepastian bukan? So, sy terpakse menyatakan ya... dia benar2 wujud. Aku tahu awk sedikit kecewa tapi ku harap kau tak menyia2kan usiamu, masamu dan akalmu tuk bende2 begini.  Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui. Sebenarnya, aku keliru dengan perasaanku. Aku benar2 tak tahu siapa jodohku. Aku tak mahu bercinta sebelum nikah. Aku tak mahu bertunang begitu lama.  Dan aku tak mahu menyebabkan golongan syabab leka dan lalai dari mengingati Allah kerana aku. Aku akan berdosa. 

Aku tahu aku bukanlah begitu sempurna sehingga mudah untuk menolak tetapi aku takut aku juga akan leka. Panahan syaitan begitu advance...Maafkan aku. Biarlah awk kecewa sekarang daripada kecewa di kemudian hari. Jika sampai masanya nanti, aku akan terima juga seadanya. Namun, sekiranya aku sememangnya tiada jodoh dengan sesiapa...aku terpaksa redha. Biarlah Allah yang menentukan kerana Dialah pemilik hatiku.

No comments:

Post a Comment

Sebarang kritikan atau penambahbaikan dialu-alukan ^_^