Monday, December 3, 2012

Aku Masih Bertatih


Allah Perancang yang tebaik
Pejam celik pejam celik...da besar da aku rupenyer...pantas sungguh masa berlalu.Kenangan lalu masih berputar sehingga kadangkala aku hampir tak mengenali diriku yang lalu. Cantik sungguh perancangan Ilahi. Aku bersyukur padamu Ilahi kerana Engkau mempertemukan aku dgn mereka yang selalu mengingatkan aku. Aku masih teringat pada Uncle Cina yg mahu menjadikan daku ank angkat. Tatkala itu,hati kecilku berkata..klu aku hitam pun xpe asalkan aku Islam. Wktu tu aku berharap sgt dy xde ape2 hbungn dengn aku. Maklumlah, wkt tu aku kecil lagi.

Ibu bapa yg akan mencorak anknya
Masa terus berlalu tanpa menunggu daku yang masih bertatih-tatih mengenal hidup. Perjalanan hidup di darjah satu sudah banyak memberi pengajaran padaku. Mak pesan jgn sesekali cakap 'bodoh' kat org.Pernah satu ketika aku tersasul sehingga pedih mulutku dicili. Sejak hari tu, aku pantang mendengar perkataan itu bermain di bibir mulut kwn2ku. Tidak disangka-sangka, kwn baikku sendiri menuturkan padaku. Aku sgt kesal sehingga tak berkawan selama setahun kot. Prinsip xbley diubah. Aku rasa, akulah yang paling betul skali. Memang pedih tak bertegur sapa. ego betul aku ketika itu. Namun, Allah masih menyayangiku. Allah menegurku dengan keputusan peperiksaanku yang jatuh merudum. Daripada nombor satu trus jatuh kenombor lapan. Sejak itu, aku mula memahami bhw Allah tidak menyukai mereka yang bermusuhan.

Single is simple
Perjalanan hidupku terus mengikut rodanya. Aku kini belajar di darjah tiga. Peristiwa pahit menimpa diriku. Akibat usikan kwn 'mengcouplekn' aku shingga menulis nama kami di tangga guru mengundang padah. Aku sgt takut bila kwn baikku memberitahu bhw GPK nk bertamu dgn aku di klasnya. Aku dipaksa mengaku menyukai lelaki tersebut. Bersembang pun tak pernah, tiba2 kene mcm ni..huhu...sedih sgt. Dahlah dua2 pengawas. malu betul ketika itu. Sejak hari itu, aku mencuba untuk membaiki namaku yang buruk akibat perbuatan yang bukan salahku. Namun, aku bersyukur pamu Ya Allah kerana peristiwa inilah menjadi benteng driku drpd ber'couple'. Trima kasih ckgu! Kini, aku tahu, tak de istilah bercouple dlm islam.

Aku cuba berjinak-jinak dalam pertandingan bercerita. Alhamdulillah, aku berjaya melakarkan kenangan manis dalam bidang ini. Aku ingin mencuba pelbagai bidang sehinggalah ke bidang tarian. Waktu ni, tudung pun lekang tak lekang.
Teringat arwah ustaz jiranku menegur; mia, xpakai tudung? ringkas betul tegurannya sehingga membuatkanku berfikir. Ustaz Amri di sekolah pula banyak memerhati tindakanku. Dia tidak melarang aku menari tetapi caranya menegurku cukup berhikmah. Indirect. Contoh2 yg diberi di kelas juga mnjd peringatan buat driku.Aku sgt sedih ketika hari2 terakhir di darjah enam. Aku sgt takut untuk menempuh dunia sek menengah yang mencabar. Ustaz Amir pesan lagi: mia, jgn besar nnt gincu penuh atas meja. Aku pernah terserempak dgn isterinya di pasar mlm. Comel sungguh bertudung labuh bersama purdah. Waktu ni, aku terfikir, xbley bersolek erk? hurm... Amanat terakhirnya pula,"klu da besar nnt , perempuan mesti keje. Klu nk kahwin, pastikan suami bg bekerja. laki skrg bukn bley percaya". Wktu ni, geli-geleman telinga mendengarnya. Adkh ckp pasal kwin skrg ni.Tak sangka pula ia amat berguna ketika usia ku kini.

Sekolah menengah lain pula ceritanya. Hidup di asrama mengajar aku berdikari. First time kene pakai tudung labuh mmg jenuh nk g mkn kat DM. Setiap kali mkn, mesti ade jer yg terkene tudung.haha...Wkt mule2 nk berubah mmg sukar. setiap kali hendak mencube tdg labuh di rumah mesti ditegur. Aku mmbri alasn malas untuk mengiron tdg yang perlu di pin2. So, tdg skolah je yg disapu. Ustaz dan ustazah di sini bnyk memberi nasihat shingga rase bende yng sama. Aurat..aurat..aurat...ayat peringatan takut2 hidayah yg diberi dtarik balik sungguh menakutkan aku. So, try it.

Aku takut benar krn aku termimpi dimarahi lagi oleh GB kerana bercintan. Nama dlm mimpiku tiada pula dalam batchku di sekolah ini. Aku bersyukur. Namun, scandle mandle yang kutakuti muncul jua. Beselah, main2. Ustaz Rashdan plak berpesan lelaki mmg manis mulut di bibir...perempuan kene hati2...cinta mereka di mata...kjap2 suke org ni. So, aku mmg berhati-hati supaya tak terkandas sehingga dikenali sbg Bdn Pencegah Maksiat oleh sesetengah yg terkene. Namun, memori di sekolah menengah banyak mengajar aku erti hidup. Dugaan yang diterima ketika merentas desa cukup menguji aku sbg Muslim. Ketika bergaul dgn mereka yg pelbagai latar blkang telah mendedahkan aku dunia luar. khidupan hasil didikan di rumah mnybbkan ade mrk yg tidak tahu solat.Aku ketika itu sgt terkjut dan besyukur krn ibu bpaku tlah mengajarku solat.Latihan pusat sungguh memenatkan. Aku terkejar-kejar wkt solat. Yg peliknya, mngapa guru2 Islam tak bley berkolaborasi dgn guru cina yg seorang itu? Yg paling menyedihkan, satu kontinjen tidak sempat tuk solat asar dr sarawak shinggalah masuknya fardhu Isya. Di sni, aku melihat betapa lemahnya kita yg bergelar muslim. Satu bas coatch yng smuanya Islam tidak berhenti langsung untuk menunaikan yang fardhu shinggalah smpai ke Perak. Mmg tak dinafikan, cuma kami berenam shj peserta yg muslim.  Namun, aku tak kuat untuk menyuarakannya kerana siapalah yg akan mndngar suaraku sdngkan Solat adlh tiang agama.Ketika itu, aku hanya mampu berdoa spy smpai ke rumah dgn selamat krn masih berhutang dengan Ilahi.
Solat tiang agama

Inilah pentingnya penglibatan ustaz dan ustazah dlm sukan di sekolah kelak. Aku teringat pesanan seorang ustaz ketika aku mndgar ceramah maghrib di latihan pusat. Antara punca sukan kita tidak mengikut peraturan Allah adlh krn tiada ustaz dan ustazah yg mahu melibtkn diri dlm bidang ini. Akhirnya, biarlah mrk yg tidak fhm agama trus-menerus dgn peraturan berpakaian yang smmgnya tidak mengikut syariat. 

Perjalanan hidupku trus berlalu shinggalah kaki menjejak di bumi KMPK. waktu ni, aku smmgnya rase terkapai-kapai dgn dunia baru yg jauh berbeza dgn skolahku. Namun, dtg seorg shabat yang akhirnya aku terlibat dlm satu jemaah. Hatiku seperti main tarik tali. Mengapa aku? Mengapa mesti mereka menemuiku? Aku sempoi2 jer. Di sini, aku mula kenal bahawa adanya perjuangn namun aku masih tak bersedia. Perjuanganku di sana hanya sebentar kerana tawaran IPIS disambut baik olehku. Aku berasa sedikit lega kerana aku terlepas dari sesuatu yang aku masih kurang pasti.

Mnjd pelajar 2nd intake bknlah citaku namun pertemuan dgn Pn. Wani spt telah bertemu sblum ini tlah mengukuhkan hati untuk trus mntap di bumi IPIS ini. Perubahan suasana drpd dilatih mnjd mahasiswi kpd plajar skolah balik membuatkan aku terconfius identiti seketika. Namun, aku cuba melakukan yg terbaik. Aku teringat soalan yg diajukan. apa cita2 kamu? Belum sempat aku mnjwb, jwpn yang diberikn seseorang bhw yg masuk ke sini semuanya guru membuatkan aku terdiam. Blank lagi. GURU.Aku cuba mencari-cari kekuatan untuk membina keyakinan bhw inilah pilihan yg terbaik. Pada masa yang sma, aku temui lg mrk yg mngjak aku untuk bersma-sma mengetahui matlamat hidup ini.

Kini, aku sudah pun tahun tiga di IPIS. Shbat2 yg selalu di sampingku bnyak membantuku. Terjemahan Al-Quran yg diberi cukup bermakna buat diriku. Aku bagai anak yg baru hendak mengenal dunia kembali.

Al-Quran panduan hidup kita

Sememangnya di awal perkenalan untuk melibatkan diri dlm usaha dakwah cukup membuatku berfikir berulang kali.Mengapa aku lagi? Stelah difikirkan, mengapa pula aku tegar bertanya begitu lagi.,.. sedngkan doa yg dipohon, memohon peluang untuk menegakkan agamaNya. Tujuan hidup tidak lain tidak bukan, hnya untuk beribadah dan sebagai khalifah. Perjalanan hidup sblum ini, cukup bemakna buat driku. Aku masih bertatih-tatih cuba melangkah untuk memperbaiki diri yang hina ini. Smg Allah memberkati sgalanya.

Sekadar perkongsian buat bakal pendidik: kata2 yg ringkas mampu diingat sampai bila2...bentuklah ank didik kita dgn sbaik-baiknya kerana merekalah pejuang agama Allah kelak. InsyaAllah.
Yuballghu anni walau ayah (^_^)

No comments:

Post a Comment

Sebarang kritikan atau penambahbaikan dialu-alukan ^_^