Sunday, November 11, 2012

TIMES UP!!!

Manusia selalu rugi. Rugi dengan masa yang dibazirkan sehingga Allah telah bersumpah dengan masa dalam surah Al-Asr. Bila cuti menjelang tiba, kita boleh tengok banyak status di facebook yang tertulis "bosan", "ape nak buat?", "jom hangout"...oh banyaknya masa terbuang...


"Ingatlah, jika kita tidak menyibukkan diri dengan perkara-perkara akhirat,kita akan disibukkan dengan hal-hal dunia."

 Itulah realitinya. Tatkala masa terus berlalu..detik jam berlalu pergi terus meninggalkan manusia yang leka dengan urusan masing-masing. Adakah kita mahu tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang rugi?

"Buku Detik-detik Masa Dalam Kehidupan Muslim" yang ditulis Dr. Yusuf Al-Qardawi cukup menyentuh hati ini. 

Buku ini membahas tentang perhatian Al-Qur'an dan Sunnah tentang masa; ketentuan masa; kewajipan muslim terhadap masa; manusia dengan waktu di antara semalam, sekarang dan akan datang; pandangan sebenar terhadap masa; serta awas dari mensia-siakan masa.

Apa yang dapat saya simpulkan daripada penulisan beliau ialah wajib seorang muslim mengurus masanya dengan sebaik-baiknya. Buatlah jadual waktu jika perlu agar setiap minit itu diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Istiqamah dengan amalan yang baik. Mulakan dengan perubahan yang sedikit tetapi berterusan kerana istiqamah itu lebih disukai Allah. 

Di dalam sepotong hadith, Nabi telah bersabda yang maksudnya:
Sewajarlah setiap yang beraqal, selagi akal fikirannya tidak hilang, bahawa dia membahagi-bahagikan masanya kepada empat bahagian:
i) Waktu untuk dia bermunajat (berzikir)kepada Tuhannya.
ii) Waktu untuk dia bermuhasabah tentang dirinya.
iii) Waktu untuk dia berfikir berhubung dengan barang-barang ciptaan Allah.
iv) Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya, seperti mencari makanan dan minuman. 

Jika sahabat belum lagi membaca buku ini, bacalah. Terdapat banyak sentuhan kesedaran tentang tanggungjawab kita sebagai seorang muslim terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga negara yang semuanya berkaitan dengan masa yang kita luangkan. 

Tatkala kita bergembira menghabiskan masa untuk bersuka ria, ada antara kita yang telah pergi menyahut seruan Ilahi. Adakah kita begitu yakin yang hidup kita masih lama di dunia ini? seolah-olah titian sirat yang ingin dilalui itu sudah cukup mudah bagi kita sehingga bumi juga kehairanan melihat manusia masih boleh bergembira.

Dari Abi Hurairah, dia ada menceritakan bahawa Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
Apabila mati seorang anak Adam, maka terputus semua 'amalannya. melainkan tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang berguna, atau anak yang soleh, yang berdoa untuknya.

Ayuh shabab! Ayuh ikhwah dan akhowat semua. Mari bersama kita manfaatkan nafas dan nadi yang masih berdenyut ini untuk bekalan akhirat. Gunakan masa yang juga makhluk Allah ini dengan semaksima mungkin untuk agama Allah. Jangan pula sampai kita menangis dan merintih kepada Allah untuk dihidupkan kembali ke dunia ketika "Times Up!!" tiba kerana tak cukup cahaya di sana. 

~Jom check list amalan kita setiap hari ^_^ ~

No comments:

Post a Comment

Sebarang kritikan atau penambahbaikan dialu-alukan ^_^