Thursday, December 6, 2012

JANGAN TINGGALKAN SAYA



Tangan : Eh, awak buat apa tu mata?
Mata    : Saya tengah tengok gambar awek nilah..comel giler ^_^. Awak pula tengah buat apa tangan?
Tangan : Saya tengah nak update status fb ni..kongsi stress ngan kawan-kawan.
Mata    : Eh2..tengok ni...biar betul.
Tangan : Ha ahlah...jap2,biar I comment sikit.


Sedang asyik mereka dengan aktiviti masing-masing, kedengaran azan berkumandang.

Tiba2 kaki berjalan sehingga tangan dan mata terhenti daripada aktiviti mereka.

Tangan : Kaki, kenapa dengan awak ni? Saya kan tengah menaip kat fb ni?
Mata    : Ha ah. Saya pon tengah melihat gambar-gambar ni.Apa masalah awak?
Kaki     : Kerana saya sayangkan kalian berdua, saya gerakkan diri saya untuk membawa kalian bersama-sama saya ke masjid.

Sangat mudah. Tidak sukar untuk berdakwah. Mengajak manusia melakukan kebaikan bukan lagi sukar dengan dunia teknologi kini. Semuanya terbentang di depan mata. Dunia di hujung jari lah katakan. Apa yang sukar adalah diri kita sendiri. Apabila diri sendiri yang membiarkan kemungkaran berlaku di depan mata, cubalah fikirkan di manakah tahap iman kita.

Lihatlah sekeliling anda. Bermula dengan diri sendiri, keluarga, sahabat, dan masyarakat umum. Semuanya itu adalah medan dakwah anda. Tak salah kalau kita berkongsi dengan sedikit ilmu yang ada buat mereka. Biarlah sedikit tetapi bermanfaat daripada banyak tetapi kosong. 

Saya tahu kalian mempunyai kelebihan masing-masing kerana setiap yang lahir di bumi ini telah Allah berikan kelebihan dan kekurangan. Jadi, gunakanlah kelebihan (logam) yang ada dalam dirimu ke arah kebaikan. Atasilah kekurangan anda dengan kelebihan yang diberi. 

Firman Allah dalam Surah Al-A'raf ayat 179 yang bermaksud:


"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati,  tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.

Jangan biarkan sesaatpun masa berlalu tanpa dirimu memikirkan masalah umat

Jadi, sahabat...gunakanlah segala medium yang tersedia untuk mengajak manusia kembali mengingati Allah. Jangan biarkan ia diisi dengan sesuatu yang lagho. Sangat kasihan jika orang yang berhampiran dengan kita yang kita sayangi masih tercari-cari erti sebenar kehidupan. Sedangkan kita yang tahu hanya mendiamkan diri sahaja. 

No comments:

Post a Comment

Sebarang kritikan atau penambahbaikan dialu-alukan ^_^