Tuesday, December 2, 2014

Aku yang buta

~Aku yang buta~

Bicara ini bicara kelu,
Bicara ini bicara bisu,
Bicara ini bicara si buta,
Mencari cahaya di dalam gelita.

Di manakah cahaya?
Tiadakah yang mahu memberi sedikit kepadaku?
Aku terpaksa merangkak dengan penuh payah,
Mencari sedikit kekuatan menuntut mujahadah.

Ia datang tanpa dipinta,
Tiba-tiba membisu tanpa kata,
Kembali menyinggah tanpa ku paksa,
Ku cuba usir namun bertakhta.
Aku terus bermain kata,
Di dalam hati terus berbicara,
Mencari hikmah di depan mata,
Tapi aku masih buta.

Nikmat dunia terbentang luas,
Dugaan menyapa terus melatah,
Duniawi mengaburi akhirat menyepi,
Adakah mahu terus buta??
TIDAK!!

Bangunlah diri wahai si buta,
Cinta Ilahi cinta hakiki,
 Mujahadahlah dalam memperbaiki diri,
Kejar akhirat dunia pasti menyusurimu.

Ayuh jangan lena diulik mimpi,
Jadilah perindu malam bersama Ilahi,
Dunia di tangan akhirat di hati,
Kerana kematian itu pasti.


Awan tanah  
2 Disember 2014 , 1:37 pagi




Friday, January 10, 2014

Kalau benar-benar ikhlas, mengapa mahu merungut?

Ikhlas...mudah diucap tetapi sukar diamalkan.
Sepanjang aku masih berada di IPG, aku masih tertanya-tanya kepada diri..
"Apakah aku benar-benar ikhlas untuk menjadi seorang guru?"

Aku takut kerana jika hati ku gelap, mampukah aku memberi cahaya buat anak didik yang suci bersih itu. AKU IKHLAS...sebut jelah seribu kali pun, andai sememangnya hati telah terpesong dari niat kerana Allah,pasti keikhlasan itu ternoda.

Sedar tak sedar, tahun berikutnya aku akan berpraktikum. Ya,praktikum selama sebulan. 

"Ya Allah, jika benar aku ikhlas...pasti aku tak mengharapkan hadiah daripada anak-anak murid kan? Jadi, aku tak akan beritahu bila aku akan habis di sekolah ini."  Fikiranku melayang kerana kebanyakan guru-guru praktikum pasti post gambar-gambar hadiah yang diperoleh daripada anak murid. Yang pastinya, akan ada yang 'comment' bertuah anak murid sayang.

Dalam hatiku, siapa yang tidak suka hadiah kan? Semua orang suka. Sekiranya aku ditempatnya, adakah aku akan ikhlas jika tiada hadiah? Aku terdiam. "Ya Allah,tolonglah jaga keikhlasanku. Biarlah tiada hadiah supaya aku ikhlas". 

Aku pun mengajar seperti biasa... banyak benda yang aku belajar. Alhamdulillah, cuma perlu bijak mengawal anak murid yang sangat aktif ini. Guru pembimbingku sangat baik. Banyak yang aku belajar daripadanya. 

Praktikum kali ini, sememangnya aku tidak memperoleh sebarang hadiah yang berbalut cantik, hanya surat cinta daripada anak murid yang menyentuh hatiku.

"Cikgu, terima kasih kerana sejak cikgu mengajar, saya baru faham macam mana nak bahagi".

Betapa terharunya hatiku hanya Allah  sahaja yang tahu. Inikah perasaan seorang murobbi? Apabila аnak murid memahami apa yang ingin disampaikannya.

Praktikum buat kali kedua pula selama dua bulan. Di sini, lain pula ceritanya. Namun, aku perlu tabah menghadapinya sehingga tak sangka aku pernah bertanya kepada pensyarahku. "Benarkah aku di bidang ini?" Ujian tersebut hanya Allah sahaja yang lebih tahu isi hatiku. Aku berusaha apa yang termampu. Walau aku tidak sempat melihat perubahan mereka di depan mata, sekurang-kurangnya biarlah aku berusaha untuk mereka memulakan langkah yang pertama.

Akhirnya, aku sudah pun berada di tahun akhir. Praktikum yang terakhir bertempat di Banting. Buku berjudul "Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik"ku khatamkan dahulu. Praktikum dijalani seperti biasa dan pada masa yang sama, aku perlu laksanakan kajian tindakan. Aku tidak mahu tugasan lain mengganggu tugasku sebagai




Aku rasa terharu.. walaupun anak-anak murid menyatakan kekesalannya kerana tidak mampu memberi hadiah kerana aku merahsiakannya, tetapi biarlah doa yang sentiasa mengiringi perjalanan kita semua.

Saturday, December 28, 2013

Titisan Kata =)

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah

Hari ini aku masih bernafas..
Hari ini aku masih mampu menaip..
Hari ini aku masih mampu berkongsi sesuatu...
Mudah-mudahan Allah redha.

Pada hari ini, saya ingin kongsikan kata-kata bergambar. Untuk yang lebih banyak lagi, sudilah ke laman facebook

~TITISAN KATA~








Pss: Saya suka kata-kata bergambar yang orang "share". Jadi, saya cuba wat sendiri...semoga Allah redha.

Wednesday, October 16, 2013

D.E.J.A.V.U

Bismillahhirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...syukur sangat2 ke hadrat Allah s.w.t kerana masih mengurniakan nikmat iman dan juga islam. alhamdulillah ^_^ 

Hari ni saya nak cakap pasal DEJAVU.

Dejavu? Anda pernah mengalami dejavu? Sesuatu pengalaman yang kita rasa pernah melaluinya. 

Saya tidak tahu nak kata gembira atau tidak tapi selalu mengalami dejavu. Dan setiap kali mengalaminya..saya pasti akan menangis. Kenapa mesti menangis? Itu yang saya rasa...sangat2 terharu.. Terharu kerana Allah yakinkan setiap pilihan dan tindakan yang saya sedang lakukan.

Di kala diri memohon kepastian,
Terlintas dejavu menyakinkan tindakan,

Di kala diri dihimpit kesusahan,
Dejavu muncul membuatkan diri rasa redha dengan ketentuan-Nya,

Di kala diri menangis menghadapi dugaan,
Dejavu dialami meningkatkan keimanan.

Banyak sebenarnya...sangat banyak untuk ku ceritakan. Salah satu daripadanya ialah pilihan tempat untuk ku sambung pengajian dahulu kala. Dahulu, aku keliru dengan keputusan yang telah dibuat. Namun, semasa awal perkenalan dgn salah seorang lecturer, beberapa minit apa yang diperkatakannya di dalam kelas sperti telah aku alami sehingga membuatkan aku yakin untuk terus belajar di tempat baru tersebut. Ini kisah sewaktu semester 1...hehe.

Tapi, baru-baru ini aku telah alami dejavu tatkala menyiapkan PPT untuk pembentangan AR ku di dewan. Aku terasa yang aku pernah menyiapkan PPT tersebut sebelum ini. Sebenarnya aku rasa tak layak untuk terpilih mewakili kelas sebagai yang terbaik untuk membentangkan kajian yang telah dibuat di dewan besar sewaktu majlis penutup. Namun, setelah beberapa saat dejavu itu muncul membuatkan aku tersedar... ALLAH..mengapa aku sanggup bertanya "mengapa aku?" kepada lecturer yang telah memilihku. Sedangkan itu semua kehendak Allah yang mengaturkan segalanya.

Astaghfirullah.Kini, aku sudah pun berada di tahun akhir yang akan berakhir lebih kurang sebulan sahaja lagi. Tempat posting? Jodoh? Semua aku tak tahu. Tak tahu nak rasa apa sehingga berbaur rasanya. Sedih, gembira, tawar, kelat, pahit, masin, manis, masam...Sume ade. Pelbagai persoalan bermain di minda sehingga kadang kala membuatkan diri ini tak mampu untuk memikirkan segala. Namun, aku tahu bahawa Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba-Nya. Aku perlu berdoa agar Allah sentiasa beri yang "terbaik"buatku...untuk imanku...untuk islamku...

Andai bibir tak mampu mengungkap kata,
Biarlah hati bermain bicara,
Andai kekeliruan bermain di minda,
Biarlah doa menjadi penyuluhnya,
Andai kehidupan terasa kelamnya,
Terangilah ia dengan iman di dada.


Renung-renungkan...
Berjalan itu mudah buat mereka yang mampu berdiri,
Ia hanya terasa sukar sekiranya malas menerajui diri.

Wassalam. ^_^