Tuesday, December 2, 2014

Aku yang buta

~Aku yang buta~

Bicara ini bicara kelu,
Bicara ini bicara bisu,
Bicara ini bicara si buta,
Mencari cahaya di dalam gelita.

Di manakah cahaya?
Tiadakah yang mahu memberi sedikit kepadaku?
Aku terpaksa merangkak dengan penuh payah,
Mencari sedikit kekuatan menuntut mujahadah.

Ia datang tanpa dipinta,
Tiba-tiba membisu tanpa kata,
Kembali menyinggah tanpa ku paksa,
Ku cuba usir namun bertakhta.
Aku terus bermain kata,
Di dalam hati terus berbicara,
Mencari hikmah di depan mata,
Tapi aku masih buta.

Nikmat dunia terbentang luas,
Dugaan menyapa terus melatah,
Duniawi mengaburi akhirat menyepi,
Adakah mahu terus buta??
TIDAK!!

Bangunlah diri wahai si buta,
Cinta Ilahi cinta hakiki,
 Mujahadahlah dalam memperbaiki diri,
Kejar akhirat dunia pasti menyusurimu.

Ayuh jangan lena diulik mimpi,
Jadilah perindu malam bersama Ilahi,
Dunia di tangan akhirat di hati,
Kerana kematian itu pasti.


Awan tanah  
2 Disember 2014 , 1:37 pagi




No comments:

Post a Comment

Sebarang kritikan atau penambahbaikan dialu-alukan ^_^