Friday, December 9, 2011

Betul ke orang lain senang?

Bismillahirrahmanirrahim.

Ape khabar semua?Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga saat ini, kita masih dapat menghirup udara segar pemberian Ilahi secara percuma kan..Klu yg sudah sakit, berapa RM ntah perlu dibayar untuk mendapatkan oksigen tersebut. Beribu jugak agaknya..kalau tak silap saya lah.



Hurm, saya cume nk tawlah...kwn2 pernah tak terasa cemburu atau iri hati dengan kejayaan atau ape2lah yg kwn kita dapat tapi kita tak dapat? Saya tak menafikannya..kadangkala, saya pon ade pernah terasa kenapalah aku tak senang macam orang tu..nak ape semua dapat. Aku tengok dia happy semacam jer tapi kenapa aku selalu susah? Perasaan-perasaan inilah yang kita perlu jauhi kerana akan membuahkan benih-benih perasaan hasad dengki yang boleh mengundang dosa. Sebab ape dosa? Sebab seolah-olah kita tak bersyukur dgn pemberian Allah dan pada masa yang sama tidk berusaha dan sering menyalahkan takdir. Apabila benih-benih hasad dengki ini dibaja dengan tiupan kata-kata syaitan..maka keluarlah cerita santau, ubat guna-guna dan semua benda yang khurafat. Sedangkan kita tahu..Allah dah pesan jgn bersahabat dengan syaitan tapi kita buat jugak.

Ingatlah sahabat-sahabatku sekalian.
Allah sangat menyayangi kita. Dia tidak berikan apa yang kita mahu tetapi Dia berikan apa yang kita perlu.
Apa beza perlu dan mahu? Keperluan dan Kemahuan nampak seperti hampir sama. 

Keperluan adalah satu benda atau perkara yang lebih penting manakala kemahuan adalah sesuatu yang masih boleh diterima jika tidak memperolehnya. Kemahuan lebih sekadar pelengkap hidup kita tetapi keperluan adalah sesuatu yang wajib atau seharusnya kita memilikinya.

Jika datang musibah atau benda yang tidak diingini, ucapkanlah innalillahhiwa innailai hiroji 'un.. Mudah-mudahan kita sedar bahawa semua itu adalah kehendak Allah.s.w.t. Tanpa keizinannya, sesuatu itu tidak akan terjadi dengan sendirinya. Allah tidak akan membebani kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu memikulnya. Jom tengok Al-Quran..surah Al-Baqarah ayat 286. Dah bukak belum? Dalam ayat ni, Allah dah cerita pon tapi kita yang kadang2 ragu denganNya bukan? Astaghfirullah.Ni untuk peringatan buat diri saya juga.

Semua orang ada masalah. Tak kisahlah sama ada waktu belajar, kerja, rumah tangga dan sebagainya. Cuma bergantung kepada tanggapan kita kepada Ilahi. Andai kita menganggap Allah tak sayang kat kita, maka..kita akan mudah menjadi orang yang berputus asa. Akhirnya, setiap tindak tanduk dan perilaku yang kita tonjolkan adalah ke arah yang yang negatif.

Kesimpulannya, kita mesti  sentiasa tabah mengharungi liku-liku hidup ini kerana Allah sentiasa bersama kita. 


Senyum sokmo..jangan monyok2 ^_______^



No comments:

Post a Comment

Sebarang kritikan atau penambahbaikan dialu-alukan ^_^